Indeed Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves - Ar-Ra'd: 11

Sunday, December 6, 2009

Tragedi 6 Disember,,,,

salam,,

tragedi 6 disember,,hmm,,
Lebih kurang pukul 5.30 ptg tadi sebuah kereta telah merempuh dinding penghadang di tempat parking di tingkat atas bangunan KB Mall. Difahamkan kejadian ini telah meragut 2 nyawa, iaitu 2 orang pelajar masterskill. Sementara itu 4 orang pengunjung KB Mall itu cedera parah. Kejadian tersebut disebabkan oleh sebuah kereta yang terlajak sehingga merempuh dinding penghadang sehingga menjunam masuk di celah-celah eskolater sehingga jatuh ke dalam bangunan KB Mall.

Takziah buat family bg kedua2 pihak.
driver cedera ringan,
penumpang sdg diburu.

Alhamdulillah,,sy x termasuk dlm kjdian 2,, sbb sy pon pergi lepak2 kt kbmol gk rini. ish3.


p/s: klu ad ap2 nk tmbah mklumat,, sila gune kotak komen yg tersedia.tQ.

*UPDATE 11.51PM*:



Sumber kejadian::--->

TV3:


Kejadian berlaku pada hari ni (06/12/09) Jam 4.45 ptg di mana sebuah kereta rosak dan di tolak dengan bantuan orang ramai sehingga merempuh bangunan di area parking tersebut dan terjatuh dari tingkat 3 ke kawsasan escalator tingkat bawah berhadapan dgn Levi’s store dan Watson.

Unknown Resource:

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

Utusan Malaysia Online:

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

— BERNAMA




MyEm0.Com
truly.deeply.madly.lovely
Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

© ヅ TohPuan AA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena