Indeed Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves - Ar-Ra'd: 11

Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Monday, May 3, 2010

Ini bukan blog politik, tp isu ini sungguh sensitif.

klik gambar untuk paparan yg WOW! ehehe :)

Salam.
ak sungguh terkejut bila tgk n baca statement berani tahi kucing En Mohd Safuan Hilmi, 24, Pemuda Umno. Dia membuat ugutan mahu membunuh Al Allamah Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Hj Nikmat di laman sosial terkenal, Facebook, dalam satu perbincangan wall.

Belum lengkap lagi sbb (sebab) sekor (seekor) lagi barua x (tidak) mati iaitu nik aziz. Tggu (tunggu) aku p (pergi) bunuh nik aziz dulu baru lengkap. Setan tu x layak duk kt (dalam) muka bumi ini lagi.

"Senang bunuh org (orang), tikam je, aku snggup (sanggup) dihukum gantung jika aku dpt (dapat) bunuh nik aziz al dajjal tu"


berani bukan?

ak dapati facebook dia dah tak ada sekarang.tak aktif.mungkin ditutup.
n gambar2 ni ak sempat copy dr CARI FORUM.

tp ak tak puas hati betol dengan manusia kepunyaan blog BERANI MEMBUAT PILIHAN. Pikir dulu sebelum tulis. Ok??

Nak tergelak bila terbaca blog pecacai pas, kononnya ada orang nak bunuh ulama selipar tu, apa yang peliknya media arus pembangkang langsung tak keluar pun cerita yang nik ajis nak kena bunuh, cerita tu hanya berlegar di blog pecacai pas je.. yang bestnye tu, untuk menampakkan cerita bodoh ni namapak real, budak-budak pecacai ni siap create akaun facebook dan letak gambo tah mana punya mamat, konon-kononnya mamat tu lah yang nak bunuh nik ajis. weii itu taktik lama, sendiri buat cerita sendiri mengamuk, tukar la taktik lain la oii wahai pecacai pas...klu nak bace lagi..sila ke sini.



wuwuwuw~mood swing.
mood nak menulis sudah hilang.
fikir²kan-lah sendiri.mana yang baik.mana yang buruk.

wallahu 'alam bissowab.


MyEm0.Com
truly.deeply.madly.lovely
Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Sunday, December 6, 2009

Tragedi 6 Disember,,,,

salam,,

tragedi 6 disember,,hmm,,
Lebih kurang pukul 5.30 ptg tadi sebuah kereta telah merempuh dinding penghadang di tempat parking di tingkat atas bangunan KB Mall. Difahamkan kejadian ini telah meragut 2 nyawa, iaitu 2 orang pelajar masterskill. Sementara itu 4 orang pengunjung KB Mall itu cedera parah. Kejadian tersebut disebabkan oleh sebuah kereta yang terlajak sehingga merempuh dinding penghadang sehingga menjunam masuk di celah-celah eskolater sehingga jatuh ke dalam bangunan KB Mall.

Takziah buat family bg kedua2 pihak.
driver cedera ringan,
penumpang sdg diburu.

Alhamdulillah,,sy x termasuk dlm kjdian 2,, sbb sy pon pergi lepak2 kt kbmol gk rini. ish3.


p/s: klu ad ap2 nk tmbah mklumat,, sila gune kotak komen yg tersedia.tQ.

*UPDATE 11.51PM*:



Sumber kejadian::--->

TV3:


Kejadian berlaku pada hari ni (06/12/09) Jam 4.45 ptg di mana sebuah kereta rosak dan di tolak dengan bantuan orang ramai sehingga merempuh bangunan di area parking tersebut dan terjatuh dari tingkat 3 ke kawsasan escalator tingkat bawah berhadapan dgn Levi’s store dan Watson.

Unknown Resource:

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

Utusan Malaysia Online:

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

— BERNAMA




MyEm0.Com
truly.deeply.madly.lovely
Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Tuesday, November 17, 2009

Penyokong Baru??

Salam,,
kecewa lagikah kelantan kalah?
hehe,, xpe2,, at least gol satu kn,, international gol style gitu..
(even mlm 2 pass² bola pn x brapO nk lepah)
MyEm0.Com
xmcm n9 byk gol pn, it's just simple gol je,,lalala
MyEm0.Com
xpo2,,,jgn tension2. Meh tgk sapo dio hk sokong klate nih..

puah ko doh? hemo3(=^^=)"

Sumber Gambar: ohbulan!

MyEm0.Com
truly.deeply.madly.lovely

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Friday, August 21, 2009

"The Tree"



Malaysia’s most influential spiritual leader Nik Aziz offers commentary on the virtuous and Islamic way to conduct ethical commerce in his inimitable style.


truly.deeply.madly.lovely
Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Tuesday, July 21, 2009

Tengku Muhammad Fakhry fail saman RM105j

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, semalam memfailkan saman RM105 juta terhadap isterinya yang juga model warga Indonesia, Manohara Odelia Pinot serta ibu mentua, Daisy Fajarina kerana menyebarkan fitnah menerusi sidang akhbar, sejak beberapa bulan lalu.


Saman berkenaan difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya, Mohd Haaziq Pillay.

Menerusi saman itu, Tengku Muhammad Fakhry, 31, selaku plaintif menamakan Daisy sebagai defendan pertama manakala Manohara, 17, sebagai defendan kedua.

Berdasarkan penyata tuntutan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa antara April hingga Jun lalu, Daisy secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan perkataan berbaur fitnah yang disiarkan media di dalam dan luar negara.

Manohara pula didakwa secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan perkataan berbaur fitnah mengenai penderaan seks terhadapnya disiarkan dalam media dalam dan luar negara melalui sidang akhbar antara 1 Jun dan 12 Jun lalu.

Semua perkataan fitnah itu antara lain disiarkan dalam The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan beberapa akhbar tempatan.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa semua kata-kata yang dikeluarkan kedua-dua defendan dibuat untuk mengaibkan dirinya di kalangan kerabat diraja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat.

Beliau menegaskan, semua tuduhan itu tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat sehingga menyebabkan dirinya mengalami kerosakan serius serta mencemarkan reputasi.

Putera ketiga Sultan Kelantan itu mendakwa kedua-dua defendan mengeluarkan semua fitnah dengan niat jahat serta bermotifkan mahu mendapatkan wang.

Plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan dan pampasan RM105 juta termasuk faedah dan kos.

Tengku Muhammad Fakhry juga memohon perintah injuksi menghalang kedua-dua defendan daripada terus mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya.

Pada 5 Julai lalu, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan, bagi menuntut Manohara menjelaskan hutangnya hampir RM1 juta.

Plaintif juga memfailkan saman kedua yang meminta Manohara kembali taat kepadanya selepas tempoh diberikan sebelum ini iaitu sehingga 2 Julai lalu tamat, tetapi defendan masih enggan kembali kepadanya.

Berdasarkan pernyataan tuntutan saman di Mahkamah Syariah, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau bernikah dengan defendan pada 2 Ogos 2008 di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan, dengan berwali hakim.

Plaintif mendakwa sebelum perkahwinan itu, defendan ada meminjam sejumlah wang daripadanya untuk kegunaan peribadi dan ibunya yang berjumlah RM338,500.

Jumlah itu termasuk pembelian jam tangan berjenama bernilai RM174,000 pada 25 Oktober 2005 dan pengiriman wang melalui sebuah bank membabitkan transaksi bernilai RM164,500 pada 17 Jun tahun lalu.

Sepanjang tempoh perkahwinan itu, plaintif juga memberikan defendan pinjaman wang untuk kegunaan peribadi berjumlah RM634,250 termasuk kiriman wang sebanyak empat kali bermula pada 4 September 2008 dan terakhir pada 22 Januari 2009.

******************************
******************************

MANOHARA TIDAK TAKUT
manis jika begini..hmmp

“Kami sekeluarga tidak takut disaman berapa banyak pun. Tuhan memihak pada yang benar dan harap berbalik rezeki (menang dalam saman itu) kepada kami,” kata Daisy Fajarina, 44, ibu mentua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Daisy dihubungi di Indonesia bagi mengulas tindakan saman fitnah berjumlah RM105 juta dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry terhadapnya semalam dan anak kedua Daisy, Manohara Odelia Pinot, 17, yang juga isteri Tengku Temenggong Kelantan.

Saman berkenaan difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam melalui peguam, Mohd Haaziq Pillay.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, sebagai plaintif, menamakan ibu mentuanya, Daisy Fajarina sebagai defendan pertama dan isterinya, Manohara Odelia Pinot defendan kedua.

Sebelum ini, pada 5 Julai lalu, putera ketiga Sultan Kelantan itu memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan, bagi menuntut Manohara kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.

Mengenai kemelut kekeluargaan yang terjadi itu, Daisy berkata, naluri ibu dimilikinya tidak berapa tepat apabila menganggap Tengku Muhammad Fakhry boleh menjaga Manohara dengan baik.

“Saya amat percaya kepadanya (Tengku Muhammad Fakhry) ketika kali pertama bertemu dalam satu majlis makan malam pada 2006 yang turut dihadiri Manohara.

“Beliau datang kepada saya dan dengan sopan meminta kebenaran: ‘Boleh tidak saya berkenalan dengan puteri ibu (Manohara)’. Saya membenarkan kerana I really trust him so much (saya sangat percayakannya)...,” katanya.

Selain Manohara, dia memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Dewi, 20.

Wartawan cuba mendapatkan ulasan Manohara, tetapi Daisy memberitahu anaknya tiada di rumah kerana berada di lokasi penggambaran filem bertajuk ‘Manohara’.

Menurutnya, Manohara juga sibuk menyiapkan biografi mengenai kisah kehidupan dirinya dan dalam proses mencari penerbit. Manohara bercadang melancarkan buku berkenaan di Amerika Syarikat.

Ditanya persediaannya untuk menghadapi tuntutan saman itu, Daisy memberitahu dia dan anaknya mempunyai peguam bagi menangkis dakwaan Tengku Muhammad Fakhry bahawa dia melakukan fitnah.

“Saya dan anak sudah bersedia ke sana (Malaysia) pada bila-bila masa diperlukan. Dia (Tengku Muhammad Fakhry) harus menanggung segala perbuatan terhadap Manohara.

“Manohara juga sedang dalam perancangan untuk bercerai. Dia tidak akan kembali kepada Tengku Muhammad Fakhry,” katanya.

Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara pulang ke Indonesia dan enggan kembali.

Kisah bekas model itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik Indonesia sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif.

Berita mengenai Manohara yang melarikan diri daripada suaminya ketika di Singapura, baru-baru ini, mendapat liputan meluas akhbar di Indonesia.

Manohara yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh suaminya turut menjadi bahan berita utama 10 stesen televisyen swasta Indonesia yang menyiarkan sidang media dan wawancara dengannya sekembali ke Jakarta.


truly.deeply.madly.lovely
Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Saturday, June 27, 2009

nk tgk yg mane ni??

Assalamu'alaikum,,
semoga pembaca yg disayangi sihat hendaknya,,

Buat pengetahuan pembaca, kerajaan kelantan telah mengisytiharkan bulan Rejab adalah bulan sembahyang.bukan bermaksud smbahyang utk bulan ni saje,,tp rkyat kena amik berat dan beri lebih tumpuan dlm isu sembahyang.jgn laa plak pikir bulan rejab je baru nk beribadat,,okkeh?

tanpa kita sedari, kita da msuk pn bulan rejab.dah nk puase.nk raye!~ hihi.
hari ni da 4 Rejab 1430H. Moga² kita dpt menyempurnakan ibadah kita dgn sempurna dan jayanya.

Sempena itu juga, Program Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan sepanjang 01-07 Rejab 1430H (24-3o.o6.09)

malam ni ad Pertandingan Azan sempena Program Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan 1430H/2009M dan juga Perlawanan liga super 2009 antara pasukan Kelantan dgn Perak.



bola dalm stadium,,manakala pertndingan azan betol2 dpn stadium dkt dataran 2..
humm,, anda rase kaki anda melangkah ke mana?
apa2pun sy harapkan anda semua dpt manfaat dgn setiap tindakan yg anda buat. May Allah Bless u today n onwards. :)

wallahu'alam bissawab

p/s: harap2 klate mene male ni! gomo klate gomo bo laa jd 'gocoh klate gocoh'

truly.deeply.madly.lovely
Image Hosted by ImageShack.us
Read More

© ヅ TohPuan AA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena