Indeed Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves - Ar-Ra'd: 11

Monday, August 17, 2009

Akhil Hayy♥Waheeda= Akhiri Kontroversi.

Sebelum ini banyak pihak yang mengatakan bahawa Akhil Hayy dan juga Waheeda sudah berkahwin, namun semua itu hanyalah khabar angin semata-mata kerana mereka sememangnya belum mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Dan setelah mengharungi pelbagai kontroversi panas antaranya gambar mereka yang sedang bergembira di tepi pantai tersebar di internet dan juga kes perceraian Akhil Hayy dan Maizatul yang konon’nya disebabkan oleh Waheeda, akhirnya pada pagi tadi (16. Ogos 2009) Akhil Hayy dan Waheeda selamat di’ijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil Hayy atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada Waheeda, penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Hati merindu fikiran melayang,
Burung merpati terbang tinggi,
Terkenang si dia terbayang-bayang,
Itulah tanda dah jatuh hati.

Tahniah buat mereka berdua. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Amin.
Perkahwinan yang sederhana diadakan. Tiada wang hantaran sebaliknya digantikan dengan senaskhah al-Quran di samping mas kahwin RM80 serta 7 dulang dari pihak lelaki dan dibalas dengan 11 dulang dari pihak perempuan.
Waheeda juga, secara rasminya mengumumkan persaraan dalam bidang seni. :)

Rasanya belum terlambat lg utk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ajai dan Liza.

truly.deeply.madly.lovely
Image Hosted by ImageShack.us

1 comment:

LeMaNtO said...

hmmm..kawen juga mereka akhirnya...
tahniah diucapkan..smoge kekal ke akhir hayat...Amin~

pst:~tgh cuti ke ink?~hee

© ヅ TohPuan AA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena